Monday, 30 July 2012

'Shashuka' Daging.Masakan Timur Tengah




Bahan2nya
500gm daging kambing Cinchang
2 lobak merah di potong dadu kechil
2 biji tomato dipotong dadu kechil
2 biji bawang besar dipotong dadu
2 chili hijau dipotong hiris
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 batang inch kayu manis
1/2 sudu teh lada hitam
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 inch halia - ditumbuk halus
2 helai daun ketumbar dipotong halus.
4 biji telur
2 sudu besar bawang merah goreng
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi gee/mentega
Minyak masak (Canola/Sayur)

Cara2nya
Daging kambing cinchang digoreng dahulu dengan minyak sapi, rempah kayu manis, serbuk ketumbar, jintan manis, kunyit, sedikit garam dan lada hitam, kemudian ditepikan. Keluarkan kayu manisnya.

Panaskan minyak masak di kuali, masukan bawang besar,bahan yang ditumbuk halus dan kayu manis. Bila bawang mula lembut, masuk daging goreng, lobak merah, cili hijau dihiris, daun ketumbar, bawang merah goreng dan tomato dadu. Gaulkan hingga sebati. Letakan garam secukup rasa. Bila masakannya masak, angkat dan tuangkan dimangkuk pembakar (cassarole) buat 4 lubang kechil. tebal inti daging lebih kurang 1 inch, dibahagian itu di masuk telur kedalamnya. Panaskan oven dan bakar selama 10min hingga telur nya masak.

Sajikan panas, dimakan dengan belbagai roti2. Chapati,Roti Peranchis, Roti putih biasa, Roti Naan.

Saturday, 21 July 2012

KADAR ZAKAT FITRAH BAGI SELURUH NEGERI MALAYSIA 1433H / 2012


Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Malaysia 2012 | Berikut merupakan Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 2012 untuk negeri-negeri seluruh Malaysia. Kadar zakat fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu atau bersamaan 2.3 kilo beras atau sesuatu yang sama nilai dengannya.

Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Idul Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal.

5 waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan :

Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Paling Afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh : Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; 


hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Kepak Ayam Goreng Dengan Daun Kari



Bahan2nya:
1 kg kepak ayam
Serbuk kunyit
Cili kisar
Serbuk ketumbar
Garam & gula
Daun Kari
Minyak untuk mengoreng

Caranya:
Perap ayam berempah di atas dengan daun kari. Goreng dalam minyak yang panas.....itu saja.

Udang Goreng Kunyit



Bahan2nya:
500gm Udang segar - dipotong hujung kepala & ekornya
1 biji bawang besar di hiris
1 chili hijau - di hiris
1 chili merah - di hiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu teh serbuk kunyit
1 biji lemon - ambil jusnya atau air assam 1/2 mangkuk
2 sudu besar bawang goreng
1 biji buah tomato, dipotong empat.
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk memasak - 2 sudu besar
Daum Ketumbar sebagai hiasan.

Cara2nya:
Panaskan minyak di kauli. Masukkan bahan yang sudah di hiris. Bila bawang mula layu masukan udang, gaulkan udang supaya sebati. Taburkan serbuk kunyit, garam dan gula. Rasa kuahnya. Masukan air assam / jus lemon dengan sedikit air. Kuahnya mesti, massam & manis. Gaulkan kemudian rasa ikut cita rasa. Angkat Udang dan sajikan dengan daun ketumbar. Masakan nya tidak sampai 15mins.

Credit to: Chef Joha Hassan untuk menu ini

Emping



Assalamualaikum,

Munkin ada yang tak kenal apa itu emping malah ada juga yang tak pernah dengar langsung perkataan Emping. Emping merupakan makanan ruji untuk sarapan pagi masyarakat melayu satu masa dulu. Ianya diperbuat daripada padi muda yang digoreng sehingga menjadi bertih, kemudian ditumbuk dengan lesung kaki supaya beras dan bertihnya menjadi leper seterusnya ditampi dengan gadang (Nyiru ) untuk mengasingkan sekam ( kulit padi ) dengan emping sama seperti mengasingkan beras dengan sekam secara tradisional.

Walaupun emping boleh dimakan begitu sahaja tapi untuk menjadikannya lebih enak dimakan ianya boleh diolah menjadi makanan yang begitu lazat dan berkhasiat. Diantaranya, dijadikan wajik, digaul dengan kelapa parut dan dijadikan serawa ( Emping berkuah santan dan telur).



Ini sarapan keh pagi tadi, emping lemak, emping yang digaul dengan kelapa parut dengan sedikit garam dan sedikit air masak. Kesemua bahan di ramas supaya emping menjadi lembut dan kenyal. Memang sedap dan sesuai untuk dijadikan sarapaan pagi sekali gus boleh mengenyangkan.

Nak cuba, emping boleh didapati dari pekan sari Kuala Lipis, dan Jerantut dan Raub. Temerloh dan Kuantan dan tempat lain tak pasti, tapi diKelantan banyakk.. Selamat mencuba.

Sekian Dulu.
Wassalam.

Hari Pertama PuasaKU..

Alhamdulillah. Saya bersyukur kerana Allah Swt masih meminjamkan nafas ini untuk saya menemui bulan Ramadhan untuk tahun ini.. Saya rasa cukup bahagia, gembira, suka dan ceria bersama Pencipta saya, ahli keluarga saya dan rakan2 saya.

Hari ini seperti biasa setiap tahun ayah saya akan memasak bubur untuk diedarkan kepada penduduk sekitar Seksyen 4, Kota Damansara. Hari ini saya telah tolong ayah saya untuk memasak bubur pulut hitam. Segalanya berjalan dengan lancar. Yang BEST yea, masa nak edarkan bubur ini, tidak sampai setengah jam bubur sebanyak 120 bungkus telah habis diedarkan. Tahun ini berbeza sikit sebab tahun2 sebelum ini tidak mendapat sambutan.. Terima kasih YA ALLAH..


Time ini otai2 telah buat benda yang tak patut ada.. =)


Time membasuh pun sempat berborak..


Otai ini pula dok sibuk kacau.. Kacau jangan tak kacau..


Siap sedia untuk di bungkus..





Sempat lagi pandang camera otai sorang nie..


Sesi bubur diedarkan..

Saya bersyukur segalanya berjalan dengan lancar.. dan Allah maha Kaya kerana memberikan segala rezeki kepada keluarga saya selama ini..

Time tengah seronok memasak tadi.. adalah sorang otai ini tanya pasal EMPING.. 

Otai: Penah makan emping tak??
Saya: Apa itu emping??
Otai: Tengok tu CheMat anak hg budak zaman sekarang tak tahu emping tu apa.. emping tu macam Quaker Oats.. lagi sedap dari Quaker Oats.
Saya: oo.. yeke??
Otai: Yela, tapi benda ini susah nak dapat.. patut kita promosikan makan kita ini.. Zaman dulu kami makan benda ini jea...

Kesimpulannya, hari ini saya baru tahu emping tu apa.. saya ada gtau dlm post saya sebelum ini.. sama2 kita menaikan semula EMPING ini.. Sedap bak kata otai la.. hehehe..

Selamat Menyambut bulan Ramadhan AL-mubarak...


RINGGI SI EMPING WANGI


Salam..
Kali ni aku nak cerita pasal satu makanan yang boleh aku katakan dah dekat2 nak pupus. Dah betul2 pupus kot....

Kecik2 dulu ada la aku makan benda ni. Kebanyakan cerita ni aku kutip rujuk balik dari blog Teratak Senja.  Aku sendiri dah banyak ingat2 lupa pasal benda ni. Dan seingat aku ringi yang aku makan dulu2 ni kaler dia hijau. Rasanya lembut2 kenyal dan ianya berbau sangatlah wangi. Makan dengan kelapa kukur dan gula.

Aku ulas baliklah sedikit seperti apa yang ditulis kat blog Teratak Senja. Ia dibuat dari padi pulut yang masih muda. Maksudnyanya isi buah padi beras pulut masih belum keras, masih diperingkat susu lagi. Padi muda dipetik guna rengam. Ayak gemal padi gunakan kaki. Gorengkan. Lepas goreng tumbuk ia gunakan lesung tangan atau lesung hindik.

by google
yang ni lah orang kampung aku panggil rengam.

by google
yang ni lah orang kampung aku panggil rengam. 


by google
gemal padi
by google
goreng tanpa minyak 
by google
kalau aku la yang diberi tugas congkeih benda ni, alamat banyakla yang berterabur tumpah ke tanah... 
by google
tambah air sedikit2 supaya ia lembut... gitu la kot.. 

by google
Ringi yang dah siap untuk dimakan. Aku teringinnya nak makan.... Kat Pekan Rabu pun tak dak juai nih...

Sistem tanam tabur kering la ni orang tak biak padi pulut dah. Dulu ni bolehlah, padi ditanam seperdu2, tiap tuan tanah buat tapak semaian padi sendiri. Boleh pilihlah nak tanam benih padi apa yang dia suka.

~Ringi=ringgi
~Lesung hindik=lesung indik
~Gambar2 yang banyak kat sini aku dapat dari internet ~dari Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.
Nak yang real lagi kena pi kat Muzium Padi la kot. Aku sendiri pun tak penah sampai sana lagi pun.... hehe


Emping biasa. Rasanya yang ini menggunakan padi beras pulut yang lebih matang. Isi berasnya lebih keras berbanding ringgi yang diproses pada masa isi beras masih lembut, istilahnya susu kot..
Emping ini lebih kering, tawar dan kurang wangi berbanding ringgi

by google

Gambar lesung tangan. Hehe. Dah nak jadi muzium tak diktiraf pulak aku ni. Gambar hitam putih ni lebih antik...:P


by google

Ni gambar lesung tangan tambahan. Tak ingat dari Sabah atau Sarawak. Depa tengah tumbuk beras untuk dijadikan tepung. Dulu2 aku pernah mencuba aksi ini banyak kali. Tapi tiap kali cuba, tiap kali tu lah accident!! Gagal nak ikut rentak irama yang betul... 


Credit to : http://makngahpora.blogspot.com