Hari ini seperti biasa setiap tahun ayah saya akan memasak bubur untuk diedarkan kepada penduduk sekitar Seksyen 4, Kota Damansara. Hari ini saya telah tolong ayah saya untuk memasak bubur pulut hitam. Segalanya berjalan dengan lancar. Yang BEST yea, masa nak edarkan bubur ini, tidak sampai setengah jam bubur sebanyak 120 bungkus telah habis diedarkan. Tahun ini berbeza sikit sebab tahun2 sebelum ini tidak mendapat sambutan.. Terima kasih YA ALLAH..
Time ini otai2 telah buat benda yang tak patut ada.. =)
Time membasuh pun sempat berborak..
Otai ini pula dok sibuk kacau.. Kacau jangan tak kacau..
Siap sedia untuk di bungkus..
Sempat lagi pandang camera otai sorang nie..
Sesi bubur diedarkan..
Saya bersyukur segalanya berjalan dengan lancar.. dan Allah maha Kaya kerana memberikan segala rezeki kepada keluarga saya selama ini..
Time tengah seronok memasak tadi.. adalah sorang otai ini tanya pasal EMPING..
Otai: Penah makan emping tak??
Saya: Apa itu emping??
Otai: Tengok tu CheMat anak hg budak zaman sekarang tak tahu emping tu apa.. emping tu macam Quaker Oats.. lagi sedap dari Quaker Oats.
Saya: oo.. yeke??
Otai: Yela, tapi benda ini susah nak dapat.. patut kita promosikan makan kita ini.. Zaman dulu kami makan benda ini jea...
Kesimpulannya, hari ini saya baru tahu emping tu apa.. saya ada gtau dlm post saya sebelum ini.. sama2 kita menaikan semula EMPING ini.. Sedap bak kata otai la.. hehehe..
Selamat Menyambut bulan Ramadhan AL-mubarak...
No comments:
Post a Comment