Saturday, 21 July 2012

KADAR ZAKAT FITRAH BAGI SELURUH NEGERI MALAYSIA 1433H / 2012


Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Malaysia 2012 | Berikut merupakan Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 2012 untuk negeri-negeri seluruh Malaysia. Kadar zakat fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu atau bersamaan 2.3 kilo beras atau sesuatu yang sama nilai dengannya.

Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Idul Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal.

5 waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan :

Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Paling Afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh : Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; 


hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

No comments:

Post a Comment