Salam..
Kali ni aku nak cerita pasal satu makanan yang boleh aku katakan dah dekat2 nak pupus. Dah betul2 pupus kot....Kecik2 dulu ada la aku makan benda ni. Kebanyakan cerita ni aku kutip rujuk balik dari blog Teratak Senja. Aku sendiri dah banyak ingat2 lupa pasal benda ni. Dan seingat aku ringi yang aku makan dulu2 ni kaler dia hijau. Rasanya lembut2 kenyal dan ianya berbau sangatlah wangi. Makan dengan kelapa kukur dan gula.Aku ulas baliklah sedikit seperti apa yang ditulis kat blog Teratak Senja. Ia dibuat dari padi pulut yang masih muda. Maksudnyanya isi buah padi beras pulut masih belum keras, masih diperingkat susu lagi. Padi muda dipetik guna rengam. Ayak gemal padi gunakan kaki. Gorengkan. Lepas goreng tumbuk ia gunakan lesung tangan atau lesung hindik.
by google
yang ni lah
orang kampung aku panggil rengam.
by google
yang ni lah
orang kampung aku panggil rengam.
by google
gemal padi
by google
goreng tanpa
minyak
by google
kalau aku la
yang diberi tugas congkeih benda ni, alamat banyakla yang berterabur tumpah ke
tanah...
by google
tambah air
sedikit2 supaya ia lembut... gitu la kot..
by google
Ringi yang
dah siap untuk dimakan. Aku teringinnya nak makan.... Kat Pekan Rabu pun tak
dak juai nih...
Sistem tanam
tabur kering la ni orang tak biak padi pulut dah. Dulu ni bolehlah, padi
ditanam seperdu2, tiap tuan tanah buat tapak semaian padi sendiri. Boleh
pilihlah nak tanam benih padi apa yang dia suka.
~Ringi=ringgi
~Lesung
hindik=lesung indik
~Gambar2
yang banyak kat sini aku dapat dari internet ~dari Perbadanan Perpustakaan Awam
Kedah.
Nak yang
real lagi kena pi kat Muzium Padi la kot. Aku sendiri pun tak penah sampai sana
lagi pun.... hehe
Emping biasa. Rasanya yang ini menggunakan padi beras pulut yang lebih matang. Isi berasnya lebih keras berbanding ringgi yang diproses pada masa isi beras masih lembut, istilahnya susu kot..
Emping ini lebih kering, tawar dan kurang wangi berbanding ringgi
by google
Gambar
lesung tangan. Hehe. Dah nak jadi muzium tak diktiraf pulak aku ni. Gambar
hitam putih ni lebih antik...:P
by google
Ni gambar
lesung tangan tambahan. Tak ingat dari Sabah atau Sarawak. Depa tengah tumbuk
beras untuk dijadikan tepung. Dulu2 aku pernah mencuba aksi ini banyak kali.
Tapi tiap kali cuba, tiap kali tu lah accident!! Gagal nak ikut rentak irama
yang betul...
Credit to : http://makngahpora.blogspot.com
No comments:
Post a Comment